Tuesday, February 07, 2012

Tuesday, January 31, 2012

Thursday, January 26, 2012

TQ ECHOO

Membantu Ingatan Yang Dah Tak Kuat Waktu Berumur.

1. Berjogging. - Kajian yg di...jalankan oleh Cambridge University menunjukkan bahawa berjogging membantu meningkatkan daya ingatan kita dan boleh mengelakkan masalah terlupa. Mereka mendapati dengan berjogging, beratus ribu sel-sel otak baru yg membantu menyimpan memori terbina semula. Dengan terbinanya sel-sel baru tersebut kita dapat menyimpan maklumat lama dengan jelas dan tepat dan mampu mengeluarkannya apabila diperlukan.

Satu lagi kajian yg dilakukan di Mayo Clinic, Rochester Minessota mendapati bahawa mereka yg secara tetap bersenam dengan berjalan kaki, senamrobik, mengangkat beban atau berenang sejak pertengahan umur adalah 40% lebih kurang berisiko menghadapi masalah ingatan daripada mereka yg tidak melakukannya.

2. Minyak Ikan Omega 3 - Minyak Ikan mampu membantu ingatan kita jika diambil sebanyak 900 mg capsul setiap hari. Ini merupakan satu kajian yg dijalankan oleh Dr Karin Yurko-Mauro. Walau bagaimanapun pengambilannya hendaklah di waktu awal sebelum masalah kurang daya ingatan mula menyerang kita. Kalau dah nyanyuk makan satu tong minyak ikan pun tak dapat membantu kita lagi.

3. Minum Jus Anggur Purple (Grape) - Ini merupakan kajian dari Universiti of Cincinnati yg mendapati mereka yg mula kehilangan ingatan apabila diberikan minuman jus grape setiap hari menunjukkan perubahan yg memberangsangkan. Ia terutamanya amat berkesan dalam membantu ingatan jangka-pendek.

4. Minum Kopi - Dr Gary Arendash, pakar neurologi merupakan saintis yg menjalankan kajian ini. Untuk menajamkan daya fikiran dan menguatkan ingatan kita boleh minum 2 cawan kopi "kaw" atau 14 cawan teh. Sebenarnya yg membantu proses ingatan adalah cafeine yg terdapat dalam minuman tersebut.

5. Minum Jus Blueberry - Satu lagi kajian yg dijalankan oleh University of Cincinnati terhadap jenis-jenis jus buahan yg boleh membantu kekuatan daya ingatan mendapati jus blueberry amat baik bagi menghalang kemerosotan daya ingatan, juga mampu menajamkan daya pemikiran.

Kita perlu minum seelok-eloknya 2 cawan sehari bagi mendatangkan kesan yg optimum. Blueberry merupakan sejenis buah yg dipanggil "superfood" disebabkan keupayaannya melawan berbagai penyakit seperti kanser, asthma, jantung, cataracts dan cystitis.

Monday, January 23, 2012

Saturday, January 14, 2012

Suka Tak ?

Related Posts with Thumbnails